suria

Ryan Bakery tak cukup tidur urus anak, rancang buat content bersama baby

SEJAK bergelar seorang bapa, personaliti media sosial Ryan Bakery mengakui berdepan perubahan dalam kehidupannya.

Ryan atau Muhammad Ryan Fami Bakery, 29, berkata peralihan fasa itu sangat mencabar buat dirinya, namun dia seronok melalui proses berkenaan.

Malah dia tidak menyangka rezekinya juga mencurah-curah sejak memiiliki anak sejak 30 Disember lalu.

“Sekarang ini tidur pun tak cukup sebab anak selalu nak menyusu waktu pagi, saya pula kena kerja pagi dan betul apa yang orang cakap jadi bapa ni awal-awalnya memang mencabar sikit.

“Sekarang ini saya terpaksa tinggalkan anak dan isteri di kampung sementara waktu selepas semuanya okay saya akan bawa mereka pindah ke sini semula, sebenarnya tak sangka rezeki sekarang Alhamdulilah makin mencurah-curah ada saja orang tawarkan kerja.

“Macam anak saya ada juga yang tawarkan produk untuk dia dan saya sudah pun susun atur perjalanan dia cumanya tengoklah nanti dia nak ikut jejak langkah macam saya ke tak,” kata Ryan kepada mStar.

Dalam pada itu di malam Superhero Nona Award 2023, Ryan berjaya dinobatkan sebagai Nona Superhero Content Creator 2023 dan membawa pulang sebuah trofi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi