suria

Mengaku silap pakai gaun terbelah nampak paha, Bella Astillah janji tak buat lagi

PELAKON Bella Astillah tampil memohon maaf susulan memuat naik video dia mengenakan pakaian seksi sehingga mendedahkan bahagian pahanya.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, tujuan hantaran tersebut dilakukan adalah bagi memenuhi permintaan client untuk tujuan reviu.

“Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju tersebut.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu hanya untuk reviu sahaja. Saya tidak akan buat lagi,” katanya ketika ditemui mStar semasa sidang media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya.

Tambah isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu, dia sentiasa terbuka untuk menerima setiap kritikan yang diberikan terhadapnya berkenaan penampilannya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi