suria

Baru merisik belum bertunang, Sufian Suhaimi mahu cepat kahwin tapi belum ada tarikh

PENYANYI Sufian Suhaimi menjelaskan video tular pada Oktober lalu adalah majlis merisik wanita pilihannya dikenali sebagai Rania dan bukan majlis pertunangan seperti diperkatakan.

Menurut Sufian, 32, dia tidak berasa marah kepada individu yang menyebarkan video tersebut sebaliknya bersyukur kerana mendapat banyak respon positif peminat yang mendoakan kebahagiaannya.

“Sebenarnya ada beberapa kekeliruan dengan apa yang netizen kongsikan. Ramai beranggapan itu adalah majlis pertunangan, sebenarnya bukan. Itu majlis merisik.

“Kita rancang majlis merisik ini dilakukan secara kecil-kecilan, tertutup. Tapi bila terkeluar kepada umum, saya tak marah cuma kalau boleh nak lowkey. Alhamdulillah banyak respon positif,” katanya ketika ditemui mStar pada sidang media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya.

Dalam masa sama, penyanyi lagi Dimatamu itu juga memaklumkan dia tidak terburu-buru untuk melangsungkan perkawinan memandangkan sedang sibuk dengan urusan peribadi.

“Masuk satu fasa baru ini, destinasi seterusnya adalah perkahwinan. Dan (sekarang) masing-masing ada urusan peribadi. Kita nak awal, cuma belum ada tarikh. Insya-Allah tahun ini atau kemungkinan tahun depan. Doakan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi