suria

Anuar Zain belum sedia terima gelaran Datuk, takut hubungan dengan peminat jadi renggang

PENYANYI Anuar Zain memberitahu dia belum bersedia dan enggan menerima sebarang pangkat atau darjah kebesaran buat masa ini.

Kata Anuar atau Shahrul Anuar Zain,54, dia bimbang jika kurniaan itu membuatkan hubungannya bersama peminat akan menjadi renggang disebabkan gelaran berkenaan.

“Buat masa ini saya lebih selesa sebagai Shahrul Anuar Zain dan atas pentas lagi selesa kalau orang panggil abang Nuar, Anuar ke lagi elok begitu.

“Ini kerana saya lebih dekat dengan peminat dengan begitu malah saya tak mahu ada jarak dengan peminat atau level disebabkan pangkat ini.

“Mungkin tak tahu apa akan jadi nanti cumanya sekarang ini memang tidak mahu gelaran itu, ada atau tidak gelaran ia tidak menjadikan saya manusia baik pun,” kata Anuar kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi