suria

Ibu kandung ada hak minta Noh Salleh padam foto Musa, peguam ulas isu anak angkat Mizz Nina

GAGAL mematuhi tuntutan yang dibuat oleh ibu kandung Musa iaitu anak angkat kepada Mizz Nina, vokalis kumpulan hujan iaitu Noh Salleh boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut peguam iaitu Mahmud Abdul Jumaat, kesalahan tersebut boleh disabit di bawah Akta Kanak-Kanak Seksyen 15 kerana menyebarkan gambar tanpa kebenaran.

“Kanak-kanak ini dia sangat fragile dan kalau boleh jangan libatkan dalam hal penjagaan kanak-kanak. Sebaiknya mereka tidak dipaparkan kepada umum.

“Pihak ibu boleh mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan siasatan akan diambil sekiranya tiada tindakan dilakukan oleh Noh,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Mahmud juga tidak merasakan tindakan ibu kandung Musa adalah sebagai meraih publisiti sebaliknya hanya mempertahankan anaknya.

“Kalau sekiranya benar dia mahu publisiti, dia mesti akan mohon untuk sidang media secara video dilakukan dan nama sendiri diberitahu kepada umum. Tapi, sidang media dibuat secara tutup, nama pun tidak didedahkan.

“Saya tidak nampak lain selain hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi