suria

Dapat MC dua bulan akibat patah tangan, Haziq Hussni tak boleh duduk diam tetap keluar kerja

PENGACARA Haziq Hussni tidak menyangka awal tahun ini dia diuji musibah apabila terlibat kecederaan semasa bermain bola sepak sehingga mengakibatkan tangan kirinya patah, baru-baru ini.

Reda menerima ujian itu, Haziq atau Muhammad Haziq Irfan Hussni, 34, berkata dia kekal positif meneruskan pekerjaan seperti biasa meskipun masih dalam tempoh pemulihan.

“Tak pernah terfikir untuk jadi macam ini tapi itulah malang tak berbau... selama ini main bola tak jadi apa, tapi tergelincir dan jatuh pula, tangan patah serta bunyi tulang patah.

“Alhamdulilah tangan yang kena bukan tangan kanan tapi kiri, jadi masih boleh lakukan aktiviti seperti biasa, doktor berikan cuti selama dua bulan tapi saya ni memang tak boleh duduk diam.

“Dua bulan tempoh agak lama untuk saya duduk diam sebab saya pula memang kerja sebagai freelance jadi saya terpaksa kerja juga untuk cari sumber pendapatan cuma atas nasihat doktor kena lebih berhati-hati dalam pergerakan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi