suria

“Saya tak buat apa-apa pun” - Baby Shima minta jangan kecam, nyanyi dangdut memang kena gelek

PENYANYI Baby Shima memberitahu dia masih lagi menunggu sebutan semula kes saman difailkan terhadap dua individu iaitu pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor pada tahun lalu.

Shima atau Nor Ashima Ramli, 32, berkata dia tidak akan memaafkan individu yang menyebar fitnah dan enggan melakukan sebarang rundingan di luar mahkamah.

“Proses saman itu masih lagi dijalankan sekarang ini Shima tak boleh cakap banyak sebab hormat proses mahkamah jadi buat masa ini tunggu dah lihat saja Alhamdulilah tak ganggu setakat ini.

“Tiada maaf bagi mu sekiranya pihak terbabit nak runding, minta maaf atau selesai luar mahkamah kerana mereka yang mulakan dulu bukan saya jadi pandai-pandai la ya tanggungjawab tak akan saya nak tarik balik saman,” kata Baby Shima kepada mStar.

Dalam pada itu, Shima turut menjawab kononnya dia sering mencipta kontroversi sehingga sering menerima kecaman netizen di media sosial.

“Berhentilah kecam orang, saya tak buat kontroversi pun, saya penyanyi dangdut jadi memang akan gelek. Saya tak buat apa-apa pun, cuma postt apa saya nak,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi