suria

Erra Fazira nasihat pasangan cerai ketepi ego, bertolak ansur isu hak jagaan anak... “Salah seorang kena mengalah”

ISU perebutan hak penjagaan anak-anak sering menjadi bualan terutamanya dalam kalangan selebriti ketika ini.

Dalam hal ini, Erra Fazira berkata dia juga pernah menghadapi situasi sama pada awal penceraian namun berjaya diselesaikan dengan baik disebabkan sikap tolak ansur dengan bekas suami iaitu Engku Emran.

Jelas Erra atau Fazira Wan Chek, 50, ini kerana dia tidak mahu memberikan tekanan kepada anaknya iaitu Engku Aleesya yang seterusnya mengganggu emosi dan tumbesarannya.

“Bila dah bercerai, baru berpisah, salah seorang kena mengalah. Dalam hal ini, saya yang mengalah sebab tidak mahu beri tekanan pada anak.

“Jangan kita fikirkan hal sendiri, tapi mangsanya anak. Ibu bapa kena ketepikan ego dan marah. Kena fikirkan anak lebih,” katanya kepada mStar.

Tambah Erra, dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu Aleesya hidup bersama iaitu dibesarkan dengan hanya seorang ibu sahaja.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi