suria

Ain Edruce kongsi pengalaman cemas anak diserang sawan... Geram sekarang suami lebih popular

PELAKON dan pengacara Ain Edruce memberitahu dia dan suaminya Amirul masih lagi terkesan serta mengalami trauma selepas anak mereka iaitu Soraya diserang penyakit sawan baru-baru ini.

Ain atau Nurain Edruce, 33, berkata pengalaman itu tidak boleh dilupakan malah kini dia dan suami sentiasa berada dalam keadaan waspada memantau keadaan anaknya bagi mengelakkan penyakit itu menyerang lagi.

“Alhamdulilah Soraya semakin baik tapi ada sedikit trauma pada kami sebab sebelum ini kalau Soraya demam kami tak risau sangat cumanya sekarang kalau sakit sikit mesti akan lebih peka macam selesema baru-baru ini pun kami risau.

“Kalau dulu Soraya demam mungkin ada ubat demam saja tapi sekarang lain sikit ada ubat tambahan iaitu ubat sawan dan kadang-kadang fikir balik macam kesilapan diri sendiri juga tak bawa jumpa doktor lebih awal.

“Saya dan suami sekarang ini memang lebih berjaga-jaga walaupun Soraya bersama pembantu tapi kami tetap pantau keadaan dia sekiranya salah seorang kerja mesti akan bergilir-gilir jaga dia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi