suria

Suara tak sama seperti dulu... Fauziah Latiff syukur tiada kecaman, minta terima kekurangan diri

PENYANYI Fauziah Latiff terkejut dan bersyukur kerana tidak menerima kecaman selepas nyanyiannya dalam satu program siaran langsung dilihat tidak sama seperti dalam versi rakaman studio.

Fauziah atau Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 54, berkata dia menyedari perkara itu, namun bersyukur kerana netizen masih menerima seadanya.

“Alhamdulilah saya hargai sangat cumanya saya bukan muda lagi macam dulu, jadi jangan harap stamina macam 30 tahun lepas sebab makin lama makin tua kan jadi mungkin akan berbeza sikit.

“Saya hargai sangat kepada sesiapa yang masih ikuti muzik saya daripada zaman dulu lagi sehingga hari ini, dia berikan saya satu inspirasi juga... terima kasih sebab faham InsyaAllah saya akan perbaiki selepas ini dan akan buat yang termampu.

“Saya hargai apa yang mereka katakan kepada saya saat ini, kalau boleh cakap memang doa saya dalam hati buat mereka semua ,” kata Fauziah Latiff kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi