suria

Amelia Henderson tak mahu content podcast cetus kontroversi, bagi tetamu tapis dulu sebelum siar

BAGI memastikan sesi podcast Sembang Studio yang dikendalikannya sentiasa relevan dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi, pengacara dan pelakon Amelia Henderson akan menapis konten yang akan diterbitkan itu.

Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, berkata, dia akan menyerahkan suntingan kepada tetamu terlebih dahulu bagi penilaian sebelum disiarkan kepada penonton.

“Betul (akan pastikan tiada konten kontroversi). Untuk Studio Sembang kami ada satu ‘solid censorship’ (tapisan yang kuat) di mana sebelum episod itu dimuat naik, pasukan saya akan hantar kepada tetamu tersebut terlebih dahulu.

“Mereka (tetamu) akan lihat sama ada okay atau tidak. Malah kami pernah banyak kali potong konten yang dibuat sebab tetamu rasa ada atau konten yang kurang sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

“Kerana saya percaya tidak elok untuk pihak saya jika muat naik sesuatu konten yang buat tetamu saya tidak berasa selesa. Memotong bahagian sensitif tidak bermakna konten itu tidak seronok, tetapi lebih menjaga keselesaan tetamu. Jika muat naik yang kontroversi itu tidak baik,” katanya kepada mStar.

Amelia memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama bersiri i.D yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Selasa.

Untuk info, i.D merupakan siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 bakal bersiaran pada 23 Februari pukul 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau menerusi platform On Demand dan Astro GO.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi