suria

Wajah cantik dan populariti hanya luaran, AC Mizal jaga disiplin kerja untuk kekal relevan

DILIHAT sering menghiasi program hiburan televisyen, pelakon dan pengacara Datuk Ac Mizal menerima komen kurang enak apabila pengacaraannya dikatakan semakin membosankan kerana menggunakan lawak sama.

Menyedari kritikan itu, AC atau Mizal Zaini, 53, bagaimanapun berkata dia tidak ambil peduli kecaman berkenaan, sebaliknya menganggap ia sebagai pembakar semangat untuk dia terus menghiburkan penonton.

“Bukan senang nak jadi artis sebab perlu displin yang tinggi kalau setakat nak melawa di media sosial itu tidak berbaloi, saya memang daripada dulu kekalkan displin ini dan apa yang orang cakap mengenai saya tak kisah sangat.

“Saya tahu masanya sudah tiba dan bukannya selamanya saya akan berada di atas tapi sekarang nak cari pelapis pula untuk menggantikan tempat saya,” kata AC kepada mStar.

Dalam pada itu, AC turut meluahkan rasa syukur kerana sehingga kini dia masih lagi mampu mengekalkan prestasi kerjanya dan tak sangka khidmatnya sebagai pengacara masih diperlukan sehingga kini.

“Syukur kerana orang yang pernah kerja dengan saya pasti akan tahu saya macam mana sebab dulu daripada maktab tentera jadi memang menjaga displin dan Alhamdulilah bila saya banyak memudahkan kerja orang sebab tu banyak tawaran yang dapat,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi