suria

Alif Satar mahu terus kempen solat Subuh jemaah... Individu pertikai elok dilaung azan, baca ruqyah

PELAKON dan penyanyi Alif Satar akan meneruskan kempen Geng Subuh Macam Jumaat di semua masjid meskipun ada segelintir pihak yang mempertikaikan niat baiknya itu.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, berkata apa yang dilakukan itu merupakan satu tanggungjawab sebagai umat Islam untuk mengajak orang ramai melakukan perkara baik.

“Saya tak faham dengan orang yang mempertikaikan ajak pergi masjid, saya rasa dia kena baca surah ruqyah untuk bersihkan hati dan istigfar.

“Saya rasa tak kira perbezaan latar belakang ataupun politik tapi bila sebut solat Subuh dan berjemaah rasanya semua akan setuju.

“Alhamdulilah saya rasa tenang sekarang ini dan harapnya dengan apa yang buat ini dapat peroleh kebaikan buat semua dan untuk bulan puasa nanti akan ada banyak lagi aktiviti yang dibuat,” kata Alif kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi