suria

Makanan cara Jaafar Onn pikat hati, nasihat artis BBNU rajin bersedekah

TIDAK pernah menganggap diri lebih baik berbanding orang lain, pelakon dan penyanyi veteran Jaafar Onn mempunyai cara tersendiri mendekati pendatang baharu dalam dunia hiburan.

Mempunyai kelebihan dalam memasak, Jaafar, 72, berkata, setiap kali terlibat dalam program atau penggambaran drama, dia akan memasak makanan untuk semua krew terlibat sebagai cara merapatkan hubungan.

"Kalau hendak berbaik dengan mereka apa salahnya kita rendahkan diri dan rapatkan diri dengan artis baru ini. Makan minum bersama dapat mengeratkan pertalian.

"Saya pula jenis tidak kisah, jadi kalau ada rezeki lebih saya pasti akan berkongsi dnegan mereka macam makanan," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi