suria

Hampir sebulan bersama Suria FM, Chiwan mengaku bukan mudah jadi penyampai radio... Banyak belajar dengan Shiera

PELAWAK Chiwan Chilok mengakui menjadi seorang penyampai radio bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilakukannya.

Meskipun belum sampai sebulan memulakan tugas itu, Chiwan atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Sabri, 34, berkata dia memerlukan ilmu, persiapan yang rapi dan juga pemikiran yang pantas untuk bergelar seorang penyampai.

“Nak kata sukar, memang sukar sebab bila kita duduk bukan di tempat jemputan, kita bebas bercakap... tapi jadi penyampai radio ini kepala otak kena laju. Alhamdulillah sekarang hampir okay.

“Ini satu pengalaman yang sangat seronok dan ini satu bidang pekerjaan yang bukan senang. Saya harap orang diluar sana dapat terima saya, beri saya masa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi