suria

Roslan Shah serik tolong pengikut IG, ramai sanggup menipu demi dapat duit

PENYANYI dan pengacara Roslan Shah serik menghulurkan bantuan wang tunai kepada pengikutnya di media sosial.

Jelas Roslan, 52, kebaikan yang ditunjukkan seolah-olah tiada umpama sehingga ada yang tidak tahu malu meminta wang daripadanya berulang kali.

“Mulai sekarang saya akan berhenti memberikan sebarang bantuan kepada sesiapa minta duit khususnya individu tidak dikenali di media sosial.

“Sudah terlalu kerap orang ambil kesempatan sampai saya rasa rimas. Tak rasa malu ke? Tolong berdikari saya pun bekerja dan bukannya minta duit di media sosial.

“Hentikan! Jangan menipi sebab bila saya selidik ada guna akaun palsu... Tak perlu nak minta duit dengan cara ini,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Roslan kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Rojak Maznah Ke Tu yang dilancarkan baru-baru ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi