suria

Lebih 10 tahun menyepi, Pierre Andre tiada telefon bimbit dan media sosial... Buat kemunculan mengarah ‘Jangan Pandang Belakang 2’

SELEPAS sah bergelar suami pada 2013, pelakon dan pengarah Pierre Andre mendedahkan dia tidak lagi menggunakan telefon bimbit dan tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.

Menurut Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 38, dia membuat keputusan tersebut kerana mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada isteri dan dua anaknya.

“Saya tiada media sosial. Saya tidak ada telefon, sudah 10 tahun saya tidak ada. Siapa nak hubungi saya, kena telefon isteri saya. Pernah satu masa, saya hanya guna telefon awam.

“Sebabkan tidak ada telefon, saya tidak pernah komunikasi dengan orang lain. Kalau nak hubungi saya, kena hubungi isteri saya.

“Saya rasa sangat bebas tidak menggunakan telefon. Berbeza dengan masa saya sebelum kahwin, telefon bagi saya tekanan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Pierre membuat kemunculan semula apabila bersetuju mengarah filem Jangan Pandang Belakang 2 yang dijangka ditayangkan pada hujung tahun ini.

Jelas Pierre, dia mengambil masa yang lama untuk menerima tawaran daripada produser, David Teo memandangkan sudah lama tidak duduk di kerusi pengarah.

“Saya ambil masa juga untuk terima. Sebelum ini saya dah tolak tujuh filem masa saya hilang. Sampai sekarang saya masih fikir kenapa saya terima tawaran ini, mesti ada hikmah dan sesuatu yang tuhan nak bagi,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi