suria

Hafiz Mahamad kena face shaming ada parut jerawat, sampai tanya isteri ‘abang tak handsome ke?’

GARA-GARA memiliki parut di wajah, usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad menerima kutukan dan hinaan daripada netizen.

Menjadi mangsa face shaming, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad berkata dia sama sekali tidak terasa hati, malah membuatkan dia lebih bersemangat membantu mereka yang berdepan masalah sama.

“Dulu masa saya zaman sekolah masalah jerawat saya teruk, memang ada kawan kutuk. Itu sebenarnya membuatkan saya datang dalam industri penjagaan kulit.

“Saya nak orang yang ada masalah jerawat ini tahu yang dia pernah ada situasi macam mereka. Dulu ada la orang hina, tapi sekarang saya bangga sebab jerawat sudah tiada. Cuma ada bahagian parut yang susah nak buat,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, isteri Hafiz iaitu Syafiqah Aina berkata, dia sentiasa menasihati suaminya untuk terus bersabar dengan kecaman yang dilontarkan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi