suria

Reda pelbagai ujian hidup, Alina Hassan enggan kembali ke dunia glamour - “Kena risau bila Allah tak uji kita”

DI SEBALIK perwatakan ceria seolah-olah tidak mempunyai masalah, sebenarnya terselit 1,001 kisah yang disembunyikan penyanyi Alina Hassan untuk terus kekal hidup dalam dunia serba mencabar hari ini.

Kisahnya menyewa sebuah bilik sempit sekitar empat tahun lalu pernah tular, namun Alina, 56, kini bersyukur kehidupannya semakin bertambah baik.

Walaupun berdepan pelbagai dugaan sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Dingin itu reda dengan dugaan dihadapi malah menyifatkan ada insan lebih tidak bernasib baik berbanding dirinya.

Menurut Juara Pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1996 itu, tiada masalah tidak boleh diselesaikan dan ujian daripada Allah SWT adalah kerana Dia menyayangi hamba-Nya.

"Apabila saya lihat orang lain... Ada yang OKU tapi boleh survive, saya belajar bahawa apa saya alami ini sebenarnya bukanlah apa-apa. Semua masalah boleh diselesaikan.

"Pada saya kita kena terima dengan hati terbuka apa sahaja dugaan Allah kerana Dia sayangkan hamba-Nya.

"Sebenarnya kita kena lebih risau kalau Allah tak uji kita," katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini.

Alina turut memberitahu dia tidak terfikir kembali ke dunia glamour kerana faktor usia yang sudah lanjut dan mahu fokus kepada kehidupan seharian selain memperbanyakkan amal ibadat.

mStar bersama wakil produk kecantikan Noir Health & Beauty telah mengadakan pertemuan dengan Alina bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada penyanyi itu.

Program mStar Baek tajaan Noir Health & Beauty bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi