suria

Ada sebab Shuhada datang mahkamah naik bas, rupanya nak memandu pergi pasar pun bapa teman

KEMUNCULAN bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada awal Februari lalu menjadi perhatian apabila Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan dia datang menaiki bas dari Perlis.

Bagaimanapun ramai pula mempersoalkan mengapa wanita berusia 30 tahun itu tidak memandu ke mahkamah memandangkan sudah membeli sebuah kenderaan.

Menjelaskan perkara itu, Shuhada berkata, ibu bapanya tidak mengizinkan dia memandu dengan jarak jauh atas faktor keselamatan dan lebih selesa menaiki pengangkutan awam seperti bas atau kereta api.

"Ibu dan ayah tidak akan biarkan saya memandu jauh seorang diri walupun hanya pergi pasar raya di depan rumah, ayah saya akan ikut saya.

"Jadi nak memandu dari Perlis ke Kuala Lumpur memang tidak akan berlaku. Jadi, saya biasanya pilih menaiki bas dan bawa kereta kalau dekat-dekat sahaja," katanya kepada mStar.

Shuhada turut menyangkal dakwaan mengatakan kereta mewah tersebut hanya sekadar content bagi tujuan pemasaran produk.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi