suria

Maryam teruja buat persiapan tunai umrah, mahu bersihkan jiwa dan hayati keindahan Islam

BAKAL mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi, personaliti media sosial Maryam You Narae memberitahu dia tidak sabar untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci bersama suaminya iaitu Ryzal Ibrahim.

Berkongsi mengenai perkara itu, Maryam, 32, berkata tujuan dia mengerjakan umrah adalah untuk membersihkan hati dan jiwanya, selain mencari ketenangan diri.

“Saya akan pergi kursus nanti dan akan belajar persiapan sebelum berangkat umrah, persiapkan juga hati dan fikiran kerana ini pertama kali menjadi tetamu Allah.

“Ryzal banyak bantu saya mengenai perkara ini. Saya nak bersihkan hati dan jiwa bila berada di sana dan nak menghayati keindahan Islam yang sebenar.

“InsyaAllah sekembali ke Malaysia nanti saya nak jadi orang yang baharu. Saya juga memaafkan semua orang yang pernah mengutuk saya sebelum ini,” kata Maryam kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi