suria

Erra Fazira sentiasa pantau anak gadis, letak syarat kalau mahu keluar bersama kawan

PELAKON Erra Fazira mengakui membesarkan anak perempuan sendirian merupakan satu tanggungjawab besar dan mencabar, lebih-lebih lagi dirinya merupakan seorang ibu tunggal.

Melihat perubahan zaman kini, Erra atau Fazira Wan Chek, 50, berkata dia perlu lebih memantau anaknya itu kerana khuatir jika mereka tersilap langkah.

“Sekarang ini memang akui agak mencabar membesarkan anak perempuan semakin membesar tapi rupanya bila saya laluinya sendiri baru tahu perkara itu.

“Ini kerana anak perempuan ini kena bermain dengan emosi yang kadang-kadang tidak menentu, memang sangat perlu bersabar dan tipulah kalau tak rasa pelik kadang-kadang.

“Ini merupakan proses yang normal bila saya bertanya kepada ibu yang lain, inilah yang saya perlu tempuh lagi pun saya tak berikan kebebasan sepenuhnya buat anak saya, saya akan pantau begitu juga bapa dia,” kata Erra kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi