suria

Norlia Ghani tak campur urusan rumah tangga Rusdi Ramli, cuma pesan utamakan anak

PELAKON veteran, Norlia Ghani memberitahu sehingga kini dia masih belum mengetahui kebenaran berkenaan rumah tangga anak lelakinya iaitu Rusdi Ramli dan juga Sharon Paul yang dilapor sudah berpisah.

Kata Norlia, 75, ini kerana Rusdi merupakan seorang yang sering berahsia dan tidak menceritakan keadaan rumah tangganya kepada orang lain termasuk keluarga sendiri.

“Dari mula mereka kahwin tidak banyak mengadu walaupun dalam keadaan susah. Jadi saya tidak banyak tahu benda yang tidak elok. Sharon pun tidak banyak cerita dan mengadu (kepada saya).

“Rusdi memang dari kecil bukan seorang kaki mengadu. Apa yang (dia) boleh selesaikan, dia akan selesaikan sendiri. Dia ikut perangai saya yang selalu selesaikan masalah sendiri.

“Saya memang tidak tahu (mereka berpisah). Saya terkejut bila Sharon keluar dekat Melodi. saya telefon Rusdi tapi dia tidak angkat sebab ada penggambaran. Sampai sekarang pun saya tidak berani nak cakap ya atau tidak,” katanya kepada MStar.

Tambah aktres tersebut, dia sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap anaknya itu dan berharap masalah rumah tangga yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi