suria

Isu rumah tangga tak ganggu kerjaya seni, Adira Suhaimi tenang berdepan ujian... “Anak-anak nombor satu”

MESKIPUN sedang berdepan kemelut rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi tetap bersyukur kerana mampu menghadapinya dengan tenang kerana mempunyai sokongan kuat daripada keluarga tercinta.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, berkata keluarga tidak mencampuri urusan rumah tangganya, namun banyak membantu memberikan nasihat dan semangat apabila diperlukan.

“Saya sangat bersukur kerana daripada dulu hingga sekarang keluarga saya jenis yang tidak abaikan tapi memberikan ruang untuk saya dan suami menyelesaikan masalah ini.

“Mereka sentiasa ada dengan saya malah hormat serta tidak ganggu proses ini langsung malah tak sangka keluarga sanggup membantu saat macam ini.

“Dengan apa yang saya lalui sebelum ini dalam hidup saya jadi bagi saya masalah sekarang ini adalah secebis saja kerana sudah biasa malah saya bersyukur kerana mampu jadi diri sendiri,” kata Adira kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi