suria

Zaki Yamani hanya rehat sehari untuk fokus SPM, sanggup tolak tawaran nyanyian di Brunei

GARA-GARA sibuk melancarkan lagu baharu, tidak semena-mena penyanyi Zaki Yamani dituduh mengabaikan fokusnya terhadap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tampil menjelaskan tuduhan itu, Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, berkata lagu baharu berjudul Duri yang dilancarkan semasa dia sedang menduduki SPM itu tidak mengganggu jadual pelajarannya.

“Lagu kedua (Duri) itu belum dilancarkan video muzik lagi. Ia hanya lirik video yang kita buat saja-saja. Kalau orang pertikai yang saya tak belajar ke apa, saya memang sudah susun jadual saya. Ibu saya dah susun jadual saya. Dalam seminggu itu, saya hanya ada masa sehari sahaja untuk berehat.

“Untuk lagu, buat lagu dalam dua atau tiga hari. Kalau nak rakam pun tidak sampai berjam-jam, hanya satu jam sahaja. Jadi tak ganggu saya punya pembelajaran, habis rakaman saya terus masuk kelas, tuisyen dan siapkan kerja sekolah,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Zaki berkata, dia juga pernah menolak tawaran untuk menyanyi di Brunei selama 10 hari kerana mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada peperiksaan percubaan SPM.

“Saya ada dapat tawaran menyanyi, tapi saya tolak. Saya dapat tawaran menyanyi di Brunei tapi saya tidak pergi sebab ada percubaan (SPM). Memang tak boleh nak ambil (tawaran menyanyi),” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi