suria

Puji mata cantik siap minta cium, Amira Othman menggigil terima gangguan seksual semasa sedang makan

PENYANYI Amira Othman mendedahkan dia pernah menerima gangguan seksual daripada individu tidak dikenalinya baru-baru ini.

Amira atau Nadia Amira Othman, 31, berkata kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dengan rakannya sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Kelana Jaya.

Individu berkenaan menghampirinya dan bertindak berani menyatakan hasrat mahu menciumnya.

“Saya pergi makan dengan kawan kemudian ada seorang lelaki tidak dikenali datang dekat, ingatkan dia nak ambil gambar... kemudian dia cakap mata saya cantik, waktu tu muka dia dengan saya sangat dekat.

“Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut meminta untuk mencium saya, saya terus menggigil waktu itu, macam tak sangka ada manusia berani melakukannya di khayalak.

”Tapi rasanya dia macam tak sihat mental sebab nampak macam tak waras pun ada, saya takut sampai hubungi adik waktu itu sebab fobia,” kata Amira kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi