suria

Berjalan seorang diri cara Margaret Gan ‘healing’, tak fikir dunia glamor cuma cari duit untuk terus hidup

TIDAK pernah terlintas dalam fikiran mahu mengejar glamor sejak bergelar pelakon, Margaret Gan tujuannya berada dalam industri ini adalah untuk menambah pendapatan.

Margaret atau nama sebenarnya, Gan Ee Kek, berkata, dia juga sama seperti manusia lain yang memerlukan duit untuk kelangsungan hidup.

“Sejak saya mula berlakon saya tak pernah mengejar glamor, saya kejar income.

“Kita nak hidup, nak income itu sahaja, glamour untuk apa? Ingat aku makan emas ke? Makan beras juga.

“Pada saya tiada glamor... kalau dapat apa-apa extra, itu tambahan pendapatan untuk saya,” katanya kepada mStar.

Meskipun sudah memasuki usia 82 tahun, Margaret berkata dia masih mampu untuk berjalan-jalan seorang diri di sekitar ibu kota.

Katanya, itu juga merupakan salah satu terapi buat dirinya supaya kekal sihat.

“Nombor satu saya rasa macam buat senaman sikit, lepas itu rasa riang dapat jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur,” ujarnya.

mStar bersama wakil produk kecantikan Noir Health & Beauty telah mengadakan pertemuan dengan Margaret bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada aktres itu.

Program mStar Baek tajaan Noir Health & Beauty bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi