DIKECAM nyanyian sumbang, penyanyi Fahmi Rahmat mengakui tidak terkesan dengan komen-komen yang dilontarkan terhadap dirinya.
Mengakui ada sedikit kesilapan semasa menyanyi dalam satu program siaran langsung, Fahimi, 26, berkata dia hanya mampu tergelak membaca komen netizen itu.
“Saya dapat call dari kawan, dia yang berttahu. Selepas itu keluar di FYP TikTok saya, saya hanya boleh gelak sahaja.
“Semasa ‘sound check’ saya tidak dengar sangat suara saya sebenarnya. Mungkin (silap) diri saya sendiri yang ada ‘sharp’ di sana-sini. Komen itu kelakar la, saya gelak dan terhibur,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI