suria

Mawi tak tolak rezeki, ‘job’ menyanyi di majlis kahwin pun terima

PENYANYI Mawi memberitahu dia kini menerima lebih banyak tawaran nyanyian di majlis perkahwinan berbanding dalam program televisyen.

Meskipun tawaran itu tidak seberapa, namun Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 43, berkata dia tetap bersyukur kerana masih dapat meneruskan kerjaya sebagai penghibur.

“Buat masa ini ada yang offer saya menyanyi dan selalunya saya akan ambil pada hujung minggu saja sebab hari biasa saya akan bertugas di radio sebagai penyampai.

“Sekarang ini banyak majlis kahwin pula yang panggil saya untuk menyanyi, pelik juga dan saya okay saja kalau dapat tawaran menyanyi macam tu sebab yang kahwin pun bukan orang biasa.

“Saya tak pernah pun fikir kalau dapat majlis kahwin ni macam merendahkan martabat saya sebaliknya masa selepas keluar Akademi Fantasia dulu pun ada saja yang tawar saya menyanyi di majlis kahwin cuma tak sempat sebab sibuk,” kata Mawi kepada mStar.

Dalam perkembangan lain filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim bakal menemui pawagam pada Hari Raya Aidiladha nanti dan terbaharu dia sedang mengusahakan produk penjagaan kesihatan berasaskan herba iaitu Bajunid.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi