suria

Anne Ngasri dan Bell ada perancangan buat ‘comeback’ drama Cili Padi, tapi bimbang tak dapat sambutan

PELAKON Datin Anne Ngasri memberitahu dia dan abangnya iaitu Bell Ngasri ada memasang impian untuk merakamkan semula drama popular Cili Padi.

Anne atau Naszriah Ngasri, 40, bagaimanapun berkata dia bimbang sekiranya drama itu kurang mendapat sambutan kerana tidak memenuhi citarasa penonton zaman ini.

“Abang saya Bell Ngasri ada matlamat juga untuk kembalikan zaman cerita Cili Padi tu dan saya okay saja tak ada masalah malah akan berikan kerjasama sepenuhnya nanti.

“Cumanya saya takut ia tidak sesuai pula mengikuti situasinya pada saat ini kerana zaman sudah berubah serta kami pun sudah berubah,” kata Anne kepada mStar.

Dalam pada itu Anne memberitahu buat masa ini dia tidak mengejar sebarang penganugerahan buat dirinya malah bersyukur dengan keadaan dirinya sekarang ini.

“Anugerah yang Bell dapat tu satu perkara terindah buat kami jadi tak perlu nak ikut jejak langkah macam dia sebab yang paling kerap aktif adalah Bell jadi memang selayaknya dapat, bersyukur sebab dia jadi wakil untuk keluarga kami,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi