suria

Urus kerjaya sendiri, Kaka Azraff rasa lebih bebas dan bahagia

PENYANYI Kaka Azraff mengakui lebih selesa bergerak sendiri menguruskan kerjaya seninya selepas kontrak bersama Warner Music ditamatkan pada hujung tahun lalu.

Walaupun ada tawaran daripada syarikat rakaman lain, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, berkata menguruskan kerjaya sendiri lebih mudah kerana dia tidak terikat dengan mana-mana pihak.

“Sekarang ini saya bergerak sendiri bersama Kaka Azraff SDN BHD. Saya gembira, lagi rasa bebas, senang dan tidak ada rasa seperti dulu. Saya bahagia.

“Ada yang cuba mahu ambil saya (di bawah) label mereka, tapi dari awal lagi saya sudah tekankan yang saya nak bergerak sendiri, berdiri di atas kaki sendiri,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai tindakan susulannya terhadap syarikat rakaman lama, Kaka enggan mengulas lanjut memandangkan ia masih dalam proses tindakan undang-undang.

“Buat masa sekarang, saya tidak mahu beri kenyataan sebab benda ini kita guna khidmat peguam, Takut salah cakap nanti jadi lain,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi