suria

Isu terlalu sensitif, pengarah drama tunggu Aliff Aziz dan Ruhainies buka mulut jawab sendiri kontroversi

NAMA pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan kontroversi ditangkap berkhalwat pada Sabtu lalu.

Memandangkan kedua-dua pelakon ini memilih untuk berdiam diri daripada mengulas isu berkenaan, mStar berusaha mendapatkan mereka yang kini sedang menjalani penggambaran drama Terjerat di salah sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Usaha itu bagaimanapun tidak berjaya kerana produksi tidak membenarkan Aliff ditemu bual oleh media.

Kru produksi yang mahu dikenali sebagai Adeq memaklumkan pengarah drama berkenaan iaitu Azmi Hatta juga enggan memberikan komen lanjut berhubung isu tersebut kerana ia dianggap terlalu sensitif.

“Maaf saya sudah bertanya dengan pengarah, buat masa ini dia tidak mahu berikan sebarang komen mengenai isu ini kerana ini bab sensitif jadi takut tersalah cakap.

“Pengarah akan komen mengenai isu ini sekiranya tuan punya badan sendiri buka mulut dan jawab isu berkenaan,” kata Adeq kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi