suria

Halim Othman lepas rindu ‘on air’ di TikTok, boleh main lagu Siti Nurhaliza tak pernah dengar di radio

BAGI mengubati rindu peminat yang mahu mendengar suaranya kembali ke udara, bekas penyampai radio Halim Othman memberitahu dia kini kembali aktif sebagai penyampai menerusi siaran langsung radio di Tiktok miliknya.

Halim atau Abdul Halim Othman, 60, tidak menyangka sambutan diterima memberangsangkan malah bersiaran menerusi Tiktok membolehkan dia melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sewaktu bergelar penyampai radio dulu.

“Saya dah buat ini hampir setahun setengah, waktu siaran wajib saya adalah Isnin, Rabu dan Jumaat pukul 10 pagi jadi bila buat radio penyiaran sendiri ni macam tak sangka dapat jumpa kembali peminat zaman kecil dulu, waktu saya jadi penyampai radio

“Saya dapat mainkan lagu yang tak dapat diputarkan di radio ketika itu, banyak juga lagu Siti Nurhaliza yang tak dapat diputarkan, sebenarnya TikTok ni bagi saya peluang untuk jumpa dengan peminat secara depan,” kata Halim kepada mStar.

Dalam pada itu Halim memberitahu ada pihak menawarkan beberapa tawaran buatnya untuk kembali bertugas sebagai penyampai radio.

“Ada perbincangan tawaran itu tapi saya tengok dulu macam mana kerana tawaran yang ada hanya tempoh yang singkat saja, macam radio Era tawarkan bertugas selama enam minggu tu sangat bermakna buat saya kerana dapat ulangi semula pengalaman itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi