suria

Lama hidup single, Riena Diana mahu serius cari pasangan hidup... Reda jika ditakdirkan hidup bermadu

MENYERAHKAN diri kepada takdir, pelakon Riena Diana reda jika sudah tertulis dia perlu hidup bermadu.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, bagaimanapun berkata dia cuba untuk mengelakkan diri daripada terjebak hubungan itu dan berusaha mencari pasangan yang masih bujang.

“Saya tidak rela bermadu cumanya kalau ditakdirkan, itu jalan tertulis saya terima dengan hati terbuka.

“Saya tahu madu itu susah. Kalau betul ditakdirkan, kita reda. Kalau ada jodoh kita teruskan, kalau tiada jodoh kita berpisah.

“Kalau boleh saya tidak mahu jadi yang pertama atau pun yang kedua sebab saya belum kahwinkan, jadi saya minta doa kalian semua,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi