suria

Haqiem Rusli buka studio, perancangan jadi penerbit muzik... Mahu buat lagu untuk kumpulan lama

TAHUN 2024, penyanyi Haqiem Rusli memberitahu dia mempunyai perancangan dan fokus untuk menjadi seorang penerbit muzik.

Meskipun ia cabang baharu buat dirinya, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 26, berkata dia bersedia menerima apa sahaja kemungkinan termasuklah kecaman netizen.

“Tahun 2024 ni saya nak cuba jadi penerbit muzik atau penata muzik, sekarang ni saya nak rasa pengalaman dan kepuasan apabila hasilkan lagu sendiri.

“Saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan sebab tiga tahun lepas saya pernah mulakan tapi putus asa sebab tiada ilmu dalam penghasilan muzik dan ambil masa lima tahun untuk belajar dan tahun ini baru saya sedia sepenuhnya.

“Kecaman tu memang akan ada tapi saya terima tapi lebih bagus kalau ia berbentuk teguran kepada saya jadi boleh perbaiki segala kelemahan diri,” kata Haqiem kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Haqiem dalam promosi untuk single terbaharunya berjudul Sangkar Derita yang sudah boleh didengari di semua platform digital.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi