suria

Ajai tak ‘terluka‘ lagu duet dengan Aina kena kritik, anggap perkara normal

KOMPOSER dan penyanyi Ajai tidak berkecil hati dengan komen negatif netizen terhadap lagu duet terbaharunya bersama Aina Abdul menerusi lagu Hati Ini Telah Dilukai 2.0.

Ajai atau Muhammad Faizal Maas, 49, berkata, komen itu juga tidak memberi kesan kepadanya kerana ia adalah perkara biasa memandangkan sudah 35 tahun berdepan asam garam dunia hiburan.

"Normal sebab pendengar ada selera masing-masing dan tidak ada siapa pun boleh salahkan pendengar... Cuma kita boleh beri ilmu untuk memahami sesuatu muzik itu.

"Lagi di komen lagi saya berdiri tegap! Lagipun zaman dulu tak ada lagi netizen boleh menjadi juri sebab zaman itu semuanya dengar dan hormati (karya).

"Mungkin ini tiba masanya mereka balas dendam sebab sekarang peminat pun ada pelbagai jenis," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi