suria

‘Haters’ hanya jaguh di media sosial, kecaman tak buat Ara Johari mudah ‘trigger’

PENYANYI Ara Johari memberitahu dia bukan seorang yang mudah 'trigger' apabila dikecam netizen di laman sosial jika timbul sesuatu isu.

Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 27, sebaliknya memberitahu komen negatif jarang menjentik emosinya kerana sedar mereka yang gemar mengutuk orang lain sekadar jaguh di media sosial.

"Orang mengata itu memang ada tapi kebanyakannya hanya berani bercakap di media sosial tapi tak berani cakap depan-depan.

"Saya pula bukan jenis suka layan komen atau DM... Apa yang mereka kata itu langsung tak beri kesan pada saya," katanya kepada mStar.

Apa lebih penting kata Ara, sokongan diterima daripada peminat lebih besar berbanding kecaman membuatkan dia lebih bersyukur.

"Sokongan yang saya terima lebih kuat berbanding kebencian, semua orang juga berhak nak komen negatif atau pun positif.

"Mungkin mereka tak faham apa yang saya rasa," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi