suria

Menakutkan! Zara Zya masih diganggu lelaki psiko, cuba bersabar tapi makin melampau

PELAKON Zara Zya mendedahkan dia sekali lagi diganggu dengan seorang individu yang tidak dikenali yang sanggup menyunting fotonya dalam keadaan tidak senonoh dan menyebarkan di media sosial.

Kata Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dia masih mampu bersabar namun tidak teragak-agak mengambil tindakan jika melampaui batas.

“Sebelum ini sudah ada, tapi kali ini berlaku lagi sekali kepada saya benda yang sama (sunting gambar tidak senonoh). Banyak kali sudah berlaku, tapi kalau saya ambil benda ini ke atas (polis), ia makan masa dan leceh sebab banyak benda kena buat.

“Jadi saya kadang-kadang buntu adakah saya perlu besarkan benda ini atau perlu diam sahaja. Untuk sekarang ini, saya diam dulu,” katanya kepada mStar.

Zara dengan tegas meminta supaya individu tersebut tidak lagi mengganggu dirinya dan mendapatkan rawatan kesihatan dengan segera.

“Untuk anda yang buat, tolong hentikan. Jangan ganggu wanita lain termasuk saya. Kalau rasa sakit pergi pusat pemulihan atau muhasabah diri. Walaupun anda meminati saya, biarlah berpada-pada,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi