suria

Aidil Aziz kesal pemain bola sepak dianiaya, harap dapat keadilan - “Faisal Halim orangnya peramah tak sombong”

MELIHAT insiden buruk yang berlaku terhadap pemain bola sepak sejak kebelakangan ini, pelakon Aidil Aziz menyifatkan ia satu penganiayaan dan cubaan menjatuhkan atlet kebangsaan.

Mengenali Faisal Halim secara peribadi, Aidil tidak menyangka perkara ini berlaku memandangkan pemain berusia 26 tahun itu seorang yang peramah itu disenangi ramai.

“Perkara ini sangat serius dan sangat baru dekat Malaysia apabila pemain bola sepak Kebangsaan yang mengharumkan nama negara dianiaya macam ini.

“Saya tak tahu apa masalah orang yang lakukan ini, kenapa ada sifat macam ini. Itu tindakan salah dan tak beri kemanusiaan pada saya.

“Faisal Halim pernah terlibat dengan saya dalam filem Harimau Malaya The Untold Journey dan saya lihat personaliti sangat rendah diri serta baik malah tiada sifat berlagak, tak tahu kenapa jadi macam ini... kalau ada masalah peribadi pun jangan buat macam ni sekali,” kata Aidil kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi