suria

[V] Kontroversi sampai ke China, Ruhainies anggap ada hikmah tersembunyi... Dapat tawaran kembang karier di luar negara

KARIER seni pelakon Ruhainies tidak terjejas teruk walaupun namanya 'panas' dengan pelbagai kontroversi yang beralutan sejak tiga bulan lalu.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, perkara itu mungkin disebabkan dia lebih banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa yang tidak terlalu fokus kepada kontroversi melandanya.

"Yang batal 'job' tiada... Mungkin tunda sementara isu tengah panas. Saya faham dan terima dengan hati terbuka.

rr1 - 1

Kerjaya Ruhainies tidak terjejas teruk walaupun namanya 'panas' dengan pelbagai kontroversi.

"Kebanyakan yang saya bekerja adalah dengan jenama antarabangsa. Mereka tidak terkesan dengan perkara ini sebab fokus bukan hanya dalam Malaysia," katanya kepada mStar.

Ruhainies berkongsi perkara itu ketika ditemui hadir ke rumah terbuka anjuran pereka fesyen Fiziwoo yang diadakan pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Ruhainies tidak menolak kejadian hitam menimpanya sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepadanya apatah lagi isu berkenaan tular sehingga ke China.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan pertahan diri tuduhan komplot jatuhkan Bella Astillah, Ruhainies pilih diam sebab tetap dianggap bersalah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah menyorok sebab kontroversi, Ruhainies jalani kehidupan seperti biasa

Pun begitu, Ruhainies sentiasa percaya setiap kejadian sama ada baik atau pun buruk mempunyai hikmah tersendiri.

Malah dedahnya, dia juga ada mendapat pelbagai tawaran kerja di negara seberang yang ketika ini masih dalam proses perbincangan.

"Cerita ini bukan setakat tular di Malaysia malah sampai ke luar negara termasuk China.

"Apa boleh saya katakan benda yang jadi ini semuanya ada hikmah. Tipulah kalau tak terkesan. Ada kelebihan juga apabila benda ini jadi.

Allah dah susunkan setiap ujian pasti ada hikmahnya.

RUHAINIES

PELAKON

"Allah dah susunkan setiap ujian pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah saya dapat banyak tawaran baru dari negara seberang," kongsinya.

Nama Ruhainies mula menjadi sebutan ramai apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama aktor Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Susulan kejadian tersebut, isteri Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu namun aktor itu enggan bercerai kerana masih sayangkan isteri dan keluarga mereka.

Isu tersebut bertambah panas apabila seorang wanita asal Singapura, Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Tidak terhenti di situ, Sarah mula mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai NRF.

rr2 - 1

Ruhanies lebih banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa.

Pendedahan itu bertambah kecoh apabila ia turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Enggan isu tersebut semakin melarat, Ruhainies secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella bagi menjernihkan keadaan.

Sarah bagaimanapun enggan menerima pelawaan itu kerana enggan lagi tertipu dengan Ruhainies.

Artikel Lain