suria

[V] Enggan pertahan diri tuduhan komplot jatuhkan Bella Astillah, Ruhainies pilih diam sebab tetap dianggap bersalah

Ruhanies mengambil langkat untuk tidak mengulas lanjut.

PELAKON memilih untuk tidak mempertahankan diri apabila timbul dakwaan dia berkomplot dengan Aliff Aziz bagi menjatuhkan isteri aktor tersebut iaitu Bella Astillah.

Kata Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, jika dia menafikan perkara tersebut orang ramai tetap akan menyalahkan dia dan adalah lebih baik dia mendiamkan diri daripada memanjangkan isu.

"Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.

"Benda itu diluar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi," katanya kepada mStar.

anis1 - 1

Ruhainies mahu mendiamkan diri daripada terus memanjangkan isu.

Ruhainies mengulas perkara itu ketika hadir ke majlis rumah terbuka pereka fesyen Fiziwoo yang diadakan pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Ruhainies memberitahu dia tidak mahu lagi memanjangkan kontroversi membabitkan namanya kerana bimbang ia tidak akan berpenghujung.

Malah jelasnya, dia juga sudah tidak lagi berhubung dengan Aliff kerana sudah tiada keperluan berbuat demikian selain mahu memberi fokus kepada karier seninya.

"Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi keadaan. Saya nak tutup 'buku'.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlakon drama 'Terjerat', Ruhainies dedah dialog dan jalan cerita sama situasi sedang dilalui... "Tak pasti kebetulan ke apa"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah menyorok sebab kontroversi, Ruhainies jalani kehidupan seperti biasa

"Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.

"Fokus sekarang adalah karier. Apa yang boleh saya katakan saya tak mahu panjangkan lagi isu ini," jelasnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia ada cuba menghubungi Bella susulan permohonan maaf yang dibuat tidak diendahkan, Ruhainies memberitahu tiada keperluan berbuat demikian.

Jelasnya dia yakin Bella sudah pun maklum dengan permohona maaf yang dibuat secara terbuka menerusi program Melodi sebelum ini.

Benda itu diluar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi.

RUHAINIES

PELAKON

"Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi," ujarnya.

Nama Ruhainies dan Aliff mula menjadi sebutan ramai apabila mereka dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Susulan kejadian tersebut, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu namun aktor itu enggan bercerai kerana masih sayangkan isteri dan keluarga mereka.

Isu tersebut bertambah panas apabila seorang wanita asal Singapura, Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

anis2 - 1

Aliff dan Bella berdepan kemelut dalam rumah tangga gara-gara orang ketiga.

Tidak terhenti di situ, Sarah mula mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai NRF.

Pendedahan itu bertambah kecoh apabila ia turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Enggan isu tersebut semakin melarat, Ruhainies secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella bagi menjernihkan keadaan.

Sarah bagaimanapun enggan menerima pelawaan itu kerana enggan lagi tertipu dengan Ruhainies.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain