KHABAR angin pengarah Syamsul Yusof menimang cahaya mata bersama isterinya Ira Kazar terus hangat diperkatakan netizen sejak akhir-akhir ini. Menjawab mengenai spekulasi itu, pengarah Datuk Yusof Haslam mengakui tidak mengetahui berita itu memandangkan dia dan anaknya sudah lama tidak berhubung. Yusof, 70, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana bimbang akan menyinggung perasaan isterinya iaitu Datin Patimah Ismail dan anak mereka. Yusof mahu jaga isteri dan keluarga. "Saya tak tahu... saya dan isteri pun sudah lama terputus hubungan dengan Syamsul. "Jadi saya tak boleh nak cakap benda yang saya tak tahu nanti lain pula jadinya. "Saya tak nak komen sebab saya nak menjaga hati semua orang. Hati isteri dan keluarga," katanya kepada mStar. Yusof berkongsi perkara itu ketika di temui di majlis tayangan perdana filem Ngesot yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar dikatakan sedang hamil, Yusof Haslam enggan komen... Pilih kunci mulut konflik Syamsul kahwin dua ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam tak tahu gosip rumah tangga Syamsul sedang bergolak, bimbang jika salah komen gores hati anak Dalam pada itu, Yusof mengakui berasa rimas dengan pertanyaan segelintir pihak yang kerap bertanya mengenai anak sulungnua itu. Malah dia juga percaya khabar gembira seperti itu sepatutnya keluar dari mulut anaknya sendiri. "Jujur saya katakan, saya rimas. Tetapi, sebagai selebriti, kita tidak boleh membelakangkan pihak media. Bagaimanapun, jawapan itu tetap ada batasnya. “Jika ingin mendapatkan kesahihan berita itu, lebih baik bertanyakan kepada tuan punya badan sendiri," ujarnya. Yusof minta Syamsul jawab sendiri mengenai rumah tangganya. Walaupun sudah lama tidak berhubung, Yusof berkata dia dan isteri sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kejayaan anaknya. Dia juga turut gembira melihat kejayaan dalam setiap karya yang dihasilkan Syamsul dan adiknya Syafiq Yusof. “Sebagai orang tua saya sayang anak saya. Mustahil saya hendak merendah-rendahkan dia. Selepas ini filem baharunya akan keluar, The Original Gangster. “Sebagai orang tua saya mendoakan dia berjaya. Tidak kira sama ada adik dia berjaya, dia pun berjaya. Masing-masing berjaya menghasilkan filem yang sukses. Syamsul (kiri), Yusof (tengah) dan Syafiq (kanan) saling menyokong kerjaya masing-masing. “Meskipun bukan terbitan Skop Production, tetapi saya tetap memberi sokongan penuh kepada filem baharunya itu,” jelasnya. Untuk rekod, Syamsul sebelum ini mengumumkan dia bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari tahun lalu. Pada 14 Jun 2023, Syamsul sah bercerai talak satu dengan aktres Puteri Sarah Liyana selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Yusof sebelum ini juga pernah memberitahu Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punca sebenar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!