suria

Pengarah harap sambutan drama ‘Terjerat’ tidak terjejas, tak sangka kontroversi sebab Aliff Aziz dan Ruhainies nampak profesional

PENGARAH Azmi Hatta mengakui terkejut dan tidak menyangka pelakon Aliff Aziz dan Ruhaines terpalit kontroversi ketika masih dalam penggambaran drama arahannya iaitu Terjerat.

Azmi atau Azmi Mohd Hatta, 49, meskipun isu panas itu berlaku ketika masih berbaki penggambaran, namun dia dan kru produksi tetap bersikap profesional kerana mahu menyelesaikan tugas mengikut masa diberikan.

“Saya agak terkejut dengan apa yang berlaku dan harap perkara ini tidak benar pada mulanya sebab kami hanya fokus pada kerja.

“Kami baru tahu isu ni bila tersebar meluas di media sosial dan agak serius, tapi macam mana pun kerja harus diteruskan kami pilih untuk positif supaya tidak mengganggu emosi sewaktu di set penggambaran,” kata Azmi kepada mStar.

Ditanya mengenai hubungan dengan pelakon terbabit, Azmi memberitahu dia tidak nampak sesuatu yang pelik berlaku sepanjang set penggambaran kerana semuanya bersikap professional.

“Tak boleh nak apa yang berlaku sebab nampak mereka di set professional, faham watak yang dibawa itu perlukan mereka akrab dan nampak macam biasa saja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi