suria

Jangan terlalu ikut perasaan, Loca B beri kepercayaan penuh kepada suami... “Kami tak pernah sorok apa-apa”

PENYANYI rap Loca B mengakui bimbang setelah melihat ramai rumah tangga rakan selebriti sedang diuji saat ini membuatkan dia dan suami iaitu Tuju lebih berjaga-jaga dalam hubungan.

Loca atau Nabihah Hani Azali, 32, bagaimanapun bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami serta bertanggungjawab terhadap keluarga.

“Semua yang berlaku terpulang kepada individu sebab paling penting kena ada integriti terutamanya kalau dah kahwin ni kena fikirkan soal anak sebab tak boleh ikut perasaan sangat.

“Saya tak ada nak periksa media sosial dia sebab kami saling menjaga hati masing-masing, hormat dan tiada nak sorok apa-apa dibelakang.

“Harap tuhan sentiasa lindungi kami sekeluarga sebab sebagai isteri memang jauh di sudut hati memang risau mengenai perkara ini sebab suami saya kacak orangnya,” kata Loca kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi