suria

Aidil Aziz anggap posting Fasha Sandha dijangkiti Covid-19 luahan biasa, keluarga tak terasa hati...“Netizen yang fikir negatif”

SUAMI kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz menganggap hantaran yang dilakukan isterinya berkenaan terkena jangkitan Covid-19 adalah sebagai perkongsian biasa.

Kata Aidil, Fasha juga tidak berniat untuk menyindir atau menuduh keluarga mentua sebagai penyebar virus itu, malah aktres tersebut membuat hantaran tersebut hanya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Itu (buat hantaran) normal. Kita dapat Covid-19 daripada mana, kita kenalah bagitahu supaya orang yang kita jumpa itu sedar dan berhati-hati supaya ia tidak merebak.

“Saya anggap benda itu macam netizen yang berfikiran negatif atau terlalu kehadapan sehingga menimbulkan isu. Sebenarnya itu normal sahaja untuk beri kesedaran supaya virus itu tidak merebak,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Aidil juga memaklumkan pihak keluarga tidak pernah terasa dengan hantaran yang dilakukan Fasha.

“Keluarga saya baik-baik sahaja. mereka sudah berusia jadi kita (Fasha) bagitahu supaya mereka buat ujian Covid-19 sahaja. Orang luar yang cuba untuk memanipulasi, mereka tiada apapun,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aidil merupakan salah seorang pelakonan di dalam filem Harimau Malaya arahan Datuk Afdlin Shauki yang bakal ditayangkan pada Jun ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi