suria

Amir Ahnaf puji Sarah Yasmine, layan baik semasa di Singapura... Jawab pendedahan ‘dilamar’ Anna Jobling

PELAKON Amir Ahnaf mengakui mengenali dan pertama kali bertemu kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine semasa menghadiri sebuah acara di Singapura.

Amir atau Muhammad Amir Ahnad Mohd Khairudin, 24, bagaimanapun berkata hubungannya hanya sekadar kawan dan mereka tidak pernah berhubung selepas pertemuan itu.

“Sebenarnya saya kenal dia. Ketika itu saya berada di CelebFest selama tiga hari. Kebetulan gerai saya sebelah gerai Anna Jobling dan seperti kita tahu Sarah berkawan dengan Anna.

"Saya selalu lepak di belakang gerai untuk makan dan mereka ada di sebelah, jadi kami lepak bersama. Dia (Sarah) banyak tolong angkat barang dan dia orang yang baik.

“Kami tidak lagi berhubung tetapi Sarah seorang yang baik, selalu tolong kami (Amir dan Anna). Dia jaga kami macam ‘bodyguard’, tolong (beri laluan) sebab Amir dan Anna nak lalu,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Amir juga menafikan satu pendedahan tangkap layar yang menyatakan Anna mempunyai percubaan mahu menjadikannya teman lelaki.

“Tidak ada apa-apa percubaan. Selepas apa yang berlaku terhadap Anna, kami masuk dalam set penggambaran. Saya tahu yang dia single dan saya pun single, dan saya cakaplah yang kalau boleh saya tidak mahu ada apa-apa dengan dia.

“Sebab saya tidak mahu apa-apa jadi pada masa hadapan. Jadi, lebih baik kita menjadi kawan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amir merupakan salah seorang pelakon dalam filem bergenre seram berjudul Terkutuk yang merupakan kerjasama dengan produksi Indonesia dan bakal ditayangkan sekitar Jun 2024.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi