suria

Siti Elizad menangis dalam kereta, terubat rindu nak kembali berlakon

PELAKON Siti Elizad Shariffudin teruja kerana dia bakal kembali berlakon setelah beberapa tahun tidak aktif kerana memberikan fokus kepada kerjaya sebagai penyampai radio.

Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 40, berkata keputusan kembali berlakon itu dibuat setelah dia melepaskan tugas sebagai penyampai radio pada akhir tahun lalu.

“Masa keluar radio tu dah beri tahu jiwa memang dekat lakonan, jadi yang lain mungkin faham kenapa keputusan ini dibuat meskipun mereka ramai bertanyakan pada saya.

“Bulan 11 tahun lalu saya berhenti jadi penyampai kemudian rakan media uar-uarkan, lantas terus penerbit semua hubungi tanya untuk tawarkan saya kembali berlakon,” kata Elizad kepada mStar.

Sementara itu, Elizad akui berasa sedikit kekok untuk sewaktu kembali melangkah ke set penggambaran kerana sudah lama tinggalkan dunia lakonan.

“Saya akui sedikit kekok sebab saya tak tahu sekarang ni pengarah mahukan yang bagaimana, kadang-kadang lupa juga shot macam mana, tapi perlahan-lahan boleh sebab ramai yang bantu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi