suria

Aliff Aziz buat hal, Alyph pula kena hadap kecaman... Fokus kerjaya, tak bimbang dipangkah netizen Malaysia

PENYANYI dan komposer Alyph tidak mampu menghalang sekiranya ada netizen cuba menggerakkan kempen boikot artis dari Singapura.

Ia selepas ada netizen di Malaysia meluahkan rasa kurang senang dengan kontroversi membabitkan pelakon dan penyanyi berasal dari Singapura iaitu Aliff Aziz.

Enggan ambil pusing isu sedang berlaku, Alyph atau Alif Abdullah, 34, berkata dia hanya mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya.

“Benda (boikot) ini tidak membimbangkan saya langsung. Saya faham mereka marah dan itu adalah reaksi manusia. Apa yang kita boleh buat cuma balik rumah kemas bilik (buat hal masing-masing), doa yang terbaik, fokus pada diri dan masalah kita sendiri.

“Perlu atau tidak (untuk boikot) itu hak netizen sebab netizen ini tidak ada undang-undang. Jadi terima sahaja apa yang terjadi,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Alyph juga berkongsi bahawa masih terdapat sebahagian netizen yang menyerangnya meskipun masalah tersebut dilakukan oleh Aliff Aziz.

“Setiap kali nama Aliff (lakukan masalah) ini, saya mesti akan terima mesej, tapi saya tidak layan. saya rasa lepas mereka hantar mereka sedar yang tersalah orang. Mereka maki dan tanya saya curang ke?” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alyph bakal melancarkan album sulungnya pada tahun ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi