suria

“Ada je lelaki baik” - Iman Troye dedah kisah dicurangi, tak serik bercinta lagi... Rancang kahwin usia 30 tahun

BERKONGSI kisah hidupnya yang dicurangi teman lelaki pada satu syawal, penyanyi Iman Troye akhirnya membuka mulut mendedahkan mengenai perkara sebenar.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, memberitahu hantaran tersebut tiada kaitan dengan dirinya dan perkongsiannya mengenai curang itu disebabkan isu berkenaan sedang hangat diperkatakan.

Malah, Iman turut mengakui ada berkenalan dengan seorang lelaki dan sedang dalam fasa mengenali hati budi.

“Sebenarnya tidak ada apa-apapun, kami berkawan. Hantaran saya muat naik itu bukan untuk dia. Hantaran itu secara terbuka.

“Sekarang (saya dan lelaki itu) dalam sesi perkenalan. Saya berkawan dengan semua orang, saya tidak ada ikatan dengan dia, saya berhak kawan semua orang dia juga berhak. Saya sikit pun tidak salahkan dia. Kami baik-baik sahaja,” katanya kepada mStar.

Tambah Iman, dia merancang untuk berkahwin ketika usianya mencecah 30 tahun dan terima sekiranya jodohnya lebih awal daripada itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi