suria

Netizen ada hak bersuara, Gayatri tak melenting muncul gosip kembali bercinta dengan Zul Ariffin

PENERBIT filem Gayatri Su-Lin Pillai mengakui tidak terkesan dengan segala kecaman atau komen negatif yang diterima berhubung gosip kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Zul Ariffin.

Menjawab mengenai khabar angin itu, Gayatri, 49, memilih untuk tidak mengulas lanjut sebaliknya meminta supaya Zul sendiri menjelaskan status sebenar hubungan mereka.

“Saya okay kalau kena kutuk atau kecaman, saya pun sangat sibuk dengan filem dan semuanya mendadak, saya tak rimas pun malah okay saja dengan segala yang berlaku ni.

“Nak melenting ke meroyan memang tak ada sebab saya sudah kebal, walaupun pelbagai komen yang terima apabila saya baca menerusi satu portal ni, sekarang ni kena belajar terima sebab netizen ada hak untuk bersuara di media sosial.

“Kalau ada jodoh dengan dia ada la, jadi sekarang memang saya tak umumkan apa-apa dan tak mahu respon mengenai perkara ini sebab netizen cuma mahu tahu pasal Zul berbanding saya dan biar pihak sana yang jawab la,” kata Gayatri kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi